Tahun Baru 2022 dan Apa Plan Tahun 2022


Salam Geng, 

Sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2022 weh. Btw, hari aku tulis blog ni 30/12/2021. Maksudnya esok je sehari kita dalam tahun 2021. tapi tu lah, aku taip ni tak tahu bila aku akan post. Mungkin hari ni ( 30/12/2021) atau pon 01/01/2022 terus BAHAHAHHAA. Tengok line internet rumah aku behave camne. Kalau internet line okay jaaa smooth jaa aku post terus. Kalau dak, tunggu dia mai jaa lah. 

Setiap tahun aku akan ada azam tahun baru hahahha. Tapi setiap tahun jugak lah azam aku tinggal azam semata-mata. Aku rasa dari pada 10 azam aku, hanya dua atau tiga je yang aku betul-betul buat. Lagi 7 dah tenggelam ke laut dalam. Especially diet untuk kurus. Tiap-tiap tahun azam nak diet nak kurus tapi tu lah, baju tetap lah jugak saiz L. Takder nya turun saiz M. Kalau nak ke saiz S tu dalam lagi lah laut yang kena selam. Memang tak nampak jalan lah makna nya. 

Cerita bab diet ni kan. aku kan sekarang ada kat kampung. Dah 10 bulan kat kampung ni actually. Dai awal aku balik tak kerja hari tu kan, sampai ke hari ni, berat aku naik 8kg weh. Bayangkan nak dekat setahun duk umah aku naik nak dekat 10kg. GILAAAAA.... terkejut tengok penimbang tambah2 di akhir tahun. Sepatut nya benda lain yang bertambah, contoh nya duit kaa, tinggi kaa, ini tidak, berat yang bertambah adusss. 

Tapi tahun 2022 ni aku nekad nak betul-betul kurus weh. At least nak hilangkan balik berat 8kg yang aku kutip sepanjang duk kat kg ni. Sengal weh naik tak sedar camni. Eh sebenarnya sedar je makin gemok, tapi tu lah, masih di alam denial orang kata. 

Nanti aku listkan apa goals/plan/azam aku untuk tahun 2022 nanti. Mana tahu, korang pon leh sama-sama berangan dengan aku untuk capai azam atau plan korang jugak nanti. Actually, aku ada buat planner sendiri secara DIY hahahha. Beli buku lawa-lawa dekat kedai ECO RM2 tu pastu kita hias deco-deco lah lawa-lawa macam planner kat kedai. Beli sticker comei-comi pastu tampal hahha. Jimat weh. Aku pon dah download a few apps kat phone untuk kasi senang nak tracking progress plan/azam/goals aku semua tu. 

Semangat dak aku? Hahhahhaa

Jangan semangat awal-awal pastu nanti terjun ke laut dalam sudah lah yer Kim Cheeda uhuks. 

Okay, meh kita tengok satu-satu apa azam/goals aku dan apa plan aku untuk capai azam tersebut. 

Azam 1
Aku nak kurus secara sehat dan alami 
Plan :  
1- Aku nak start buat Intermittent Fasting (IF). Dulu dah pernah try kaedah ni then memang menjadi, berat turun even lambat. Aku dah download dah apps untuk pantau IF aku. 
2- Makan kaedah suku-suku separuh. Suku nasi, suku lauk dan separuh sayuran. 
3- Kurangkan air manis. Awal-awal ni secawan je sehari, then kita reduce slow kepada dua hari sekali, tiga hari sekali, seminggu sekali or masa cheat day sahaja. Kena kurangkan air manis baru berat cepat turun. 
4- Minum air kosong lebih dari 2L sehari. Aku pon dah download apps untuk minum air hahhahaha gila lah sampai minum air pon nak monitor kuikuikui.
5- Workout selepas Subuh supaya badan cergas sepanjang hari dan tak lemau. 


Azam 2
Aku nak jadi solehah dari tahun 2021. 
Plan 
1- Bangun qiamullai ( Solat Taubat, Solat Tahajjud, Solat Hajat) at least dua kali seminggu. 
2- Solat Sunat Dhuha at least 5 kali seminggu. 
3- Al-Mulk selepas maghrib / Isya at least 5 kali seminggu 
4- Surah Yassin setiap Jumaat selepas Solat Subuh 
5- Al-Waqiah selepas solat sunat Dhuha setiap Jumaat 
6- Pakai handsock dan stocking 
7- Puasa Isnin dan Khamis 

Azam 3
Aku nak jadi seorang yang productive dan aesthetic bahahhaha. Alah yang macam kalau tengok kat Youtube tu life aesthetic tu haa aku nak jadi camtu. 
Plan
1- Tahun 2022 tak nak jadi seorang yang malas dan banyak alasan. 
2- Skincare routine ( 7 steps korean skincare routine I shall follow) 
3- Eat Healthy, no more maggie or ramen at late night ( once in a while should be okay hehehe). 
4- Istiqomah update blog 
5- Istiqomah tulis Diary/Journal/Planner 


Okay tu je azam aku untuk tahun 2022. Aku buat 3 jer sebab kalau buat banyak-banyak pon tak tau tercapai ke tak lagi. Tapi time aku menaip ni semangat aku tengah berkobar-kobar ni sistur and brother sekalian. So aku harap lah by the end of 2022, aku boleh update blog aku dan listkan pencapaian target azam aku nanti. Hehehhehe

Okay, for now, that's all for today. 
Stay Tune for next entry. Bye !!


#2022
#AZAMTAHUNBARU
#LIFEGOALS
#BLOG

Comments