Review Produk Safi Manggis dan Habbatussauda.

Aku bukan jurucakap product Safi tapi sebab product ni best so aku nak buat review.

Aku pengguna tegar product Safi utk beberapa tahun sebelum beralih ke produk Korea Innisfree tahun 2015 dulu sbb ye laa kan terpengaruh dengan kpop kdrama RunningMan last2 terjebak. Pengaruh rakan sebaya kekeke.

Tapi produk Innisfree mmg daebak pakai setahun kulit lembab giler glow2 in the dark laa jugak 5 sen. Sebab muka melayu so xder laa nak glow2 terlebih2 mcm muka org korea ye dak? Keke. Glow sikit2 dah laa takyah nak lebih2. Kang ilang pulak title pompuan melayu terakhir. Nnt jadi pompuan eh melayu ke korea tuu?

@@ patutlah post ko pnjang2 sbb ko byk melalut kan Cheda. Takpe mungkin azam tahun baru 2017 nak masuk Raja Lawak ganti #jihanmuse. Kuikui

Lepas berenti keje aku dh tak pakai Innisfree sebab ehem ehem paham2 laa yer keduitan kelautan. Jadi aku pakai balik Safi. Aku start balik pakai Safi White Trilogy ononom muka akak dah lebih suku abad tak sesuai giler terus naik jerawat. Sedih 5 saat pastu aku pon saja belek2 baca review apa produk Safi lg yg best. Jumpa Safi Sari Manggis ni.

Aku tak terus beli krim pelembab dia, aku beli pencuci muka dia dulu. Ya Allah best giler pencuci muka dia lembut giler kat kulit muka, bau pon bau manggis. Rasa nak makan pencuci muka dia ok tipu. Tapi yes pencuci muka dia best. Naik jerawat once a month je tu pon jerawat terpaksa keluar sbb department hormon cakap ang satgi kena kuar kalau tak nanti kami rebel lebih. So utk elakkan hormon rebel aku jd bad mood maka jerawat pon kuar. Other than that jerawat sgt behave. Haha.

Lepas tu start laa beli krim pelembab ni juga. Terima kasih #safi #safimalaysia sebab buat produk best. Krim ni sesuai utk semua skin type pastu leh pakai siang malam pastu bekas dia besar leh jimat dua bulan pakai pastu bau wangi pastu muka glow2 in the light. Dah laa sebekas ni baru RM8.90 kalau sale lagi murah. So bayangkan???

Aku tau ramai yang nak cepat cantik muka flawless pastu nak masuk Dewi Remaja ganti Neelofa kan? Tapi kena ingat muka kita ada satu je. Hilang muka kat depan xleh dh nak cukur rambut letak tukar muka duk belakang kan? So hati2 guna produk yg cepat memutih dan cepat flawless. Boleh nak beli, tapi pastikan beli yang ori dari agent berdaftar yang sah pastu ada kelulusan kkm. Banyak je produk tempatan yg best2 kat luar sana yg ok. Cuma kena pandai cari dan pilih k. Dan jangan beli kat pasar malam walaupon murah. Beli dgn agent okay. Baru konpem ori. Nanti muka rosak sebab merkuri baru terkejar terlari2. Eh pantun 3 kerat?

Pakai Safi ni kesan dia lambat laa. Habis dua balang pakai dengan istiqamah baru nampak kesan. Dua balang bersamaan dengan lima bulan la kalau aku. So jenis yang tak sabar nak flawless mmg susah nak setia dengan Safi ni. Aku mmg dari kecik seorang yang setia, dah laa setia penyayang pulak tu. Mana nak cari? Eh? Puiiiiiiiii......

Ok tu je laa nak cakap. Sapa yg masih tak tau nak pakai produk apa kat muka tu try laa beli Safi ni. Kalau ngam dgn muka insha allah cantik. Dah laa Allah cipta memang dah cantik, pastu makin cantik pulak aduss habis laa Neelofa nanti banyak persaingan. Hahahhahha. Tapi aku tak laa. Aku saing #JihanMuse je. Idola tu. Nak lawa macam dia jugak.

Pastu maaflah kalau baca sampai habis tapi last2 tak jumpa motip. Cari2 motip, motip takdak. Ciaciacia. Kelekuk atas kepala tu bukan pickup line dowh.

#TakLenguhKerTypePanjang
#OrangTakKesahPonKoPakaiApa
#KauBajetKauFlawlessKer
#MukaAdaParutChickenpoxDahSembuhKew
#BawakBertaubat
#ManaAzamTahunBaruKauNakTypePendek2Je

Comments

Unknown said…
Ni yang rasa macam nak cuba safi manggis.
Unknown said…
Ni yang rasa macam nak cuba safi manggis.
Love Cheeda said…
Iera Kitty hahhahhaha cuba laa. Tapi tengok kesesuaian kulit juga. Kalau tak sesuai better stop takut effect makin teruk. heeeheee
Unknown said…
Saya baru je menggunakan pelembap safi manggis ni...rasa jatuh cinta x nak guna pelembap yang lain dah...saya guna pelembap ni sebelum pakai foundation liquid loreal...pastu pakai bedak compact lorealyang serap minyak...hasilnya memuaskan mekap saya tahan lama...pastu tak bercapuk.Suka
sangat dengan pelembap ni
Unknown said…
Sesuai tak kalau guna dgan toner safi oxywhite?
Love Cheeda said…
Pelembab Safi ni boleh je kalau pakai dengan mana-mana toner jenis lain even bukan safi. Cari yang sesuai dengan jenis kulit muka kita. Tak perlu pakai satu set sama brand, boleh je campur-campur. Heeeeheee. Harap membantu.
Unknown said…
nk tanya,memamg pelembap nya mcm krim eh?maksud saya lepas pakai tu dia jadikan muka mcm ada bercapuk skit...memang jenis dia ke? harap balas.
Unknown said…
Kalau kulit kering sesuai tak?
Sis Asdriya said…
Assalamualaikum ..saya dah lama guna pelembap safi ni dan pencuci mukanya..ganti² lah.. hijau, kuning, purple.. Dari tahun 2016 Mula2 sari gamat yg bekas biru tu. lepas tu sari manggis.Semua ngam. Sbb muka saya ni cerewet.X berani cuba yg lain. Jujur saya x sesuai Set yg laim. Gatal. Keluar jerawt x berhenti.Saya ni x faham, kulit saya jenis kering atau lembap. Mgkin kering kot.Sbb kalau guna pelembap ni, baru nampak glowing. Maknanya kering la kan.

Masa saya sedar nak guna pelembap masa umur saya 39. sekarang dah 42..(2020). Dari sana saya sedar, saya kena cari pelembap yang sesuai dgn muka saya. Sbb muka dah nampak kusam sangat, kedut dah nampak sangat. Takut nak beli yg online2 ni, kalau pergi berbelanja mesti tengok dalam box cermin kat cashier tu. Belek² tengok kemudian research dulu kat online. Maknanya semua ok, ada KKM. Barangan Malaysia lagi. So.. belilah..cubalah.. dalam beberapa minggu. Nak tengok sesuai ke tidak dengan kulit muka. Alhamdulillah sampai sekarang muka xde keluar jerawat pun..biasa² yg kecik² tu. itu pun sekejap je sebelum Haid. So, mmg best la guna pelembap dan pencuci nya.. mmg segar kalau nak pi berjalan. Kat rumah pun kena pakai juga la. Sbb cahaya matahari kan masuk rumah. Jeragat kena kawal.

Apa pun kecantikan hanya untuk suami. Biar org nampak kita sentiasa segar n bahagia, suami pun dapat nama yang baik bawah tanggungjawabnya. Dan semua wanita suka cantik. So, Saya syorkan guna lah Produk Safi. Kesannya tidaklah sehebat produk online sekarang yg cepat dan mahal. Tp kalau x mampu, x juga dpt beli berkali². Produk safi ni murah,guna boleh sampai setengah tahun. Biar lambat asal selamat. Ok.. itu jer perkongsian bersama.
Unknown said…
Ayat dalam blogspot ni buat aku tergelak macam apa HAHAHAHAH tapi terima kasih
Love Cheeda said…
Hahaha alamak lama tak bukak blog banyak rupanya komen dan soalan. Terima kasih untuk yang sudi komen. Saya cuba jawap yer.

Product Safi ni time saya guna dulu dia ada satu jenis ja which is sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit kering, kulit berminyak, combination semua boleh pakai. Cuma, kena test patch or try and error. Setakat ni, product Safi ni okay ja untuk semua jenis kulit.

Then, beza pelembab dengan krim siang ni, kalau pelembab, lepas pakai dia terus serap then dia takder sekali SPF. Pelembab ada dua jenis, jenis gel atau cream based. Jenis gel untuk kulit berminyak macam aku, jenis cream based untuk kulit kering. Kalau day cream pulak, dia jenis pekat, creamy dan ada SPF. Yang krim siang ni yang akan buat muka capuk sikit. Krim siang ni kadang tak melembabkan, dia just to protect skin during daytime je. Fungsi melembabkan tu dia tak berapa nak ada. Tapi, dia bukan jugak sunscreen sebab SPF dia level low. Eee kesian lak kat day cream ni, tak tau dia keturunan mana ni dua2 geng tak nak terima dia ni kekeke okay tak lawak.


Jap, tetiba aku jadi serius time jawap soalan kat komen ni takut pulak kat diri sendiri 😅😆.