Review Wardah Colorfit Matte Foundation with SPF 30 PA++


Salam Korang,

Lama tak buat review kekeke. Hujung-hujung tahun ni banyak sale kat Watson dan Guardian kan? Haaa time ni lah kalau korang nak shopping make up yang best-best sempena nak menyambut tahun baru dengan muka yang makin lawa dan gorgeous giteww.. Tak tahu lah apa kaitan nya kan tapi saja nak meracuni korang nak suruh beli gak foundation best ni.

Aku masa awal-awal duk tegok lah banyak youtuber duk buat review pasal product Wardah ni. So first aku beli lah lipstik dia. Wardah InstaPerfect Matte Stain Lipstik Code 02 Noble. Weh best weh lipstik dia weh. Aku cam eh lagi best dari Revlon or Maybelline yang selalu aku beli tu. Kalau level drugstore tu dia cam wow lah weh. Nanti next time aku review lipstik tu pulak kalau rajin nak menaip hokay.

Berbalik pada foundation tu, so lepas try lipstik tu best, aku pon nak try lah product lain pulak. So aku pikir, aku bukan jenis pakai foundation beria tiap-tiap hari make up, so macam membazr kau beli yang jenama mahal cam Dior ke, Lancome ke ( kau acah lah kau berlagak pakai high end padahal nan hado je semua tu kuikuikui saja nak sedapkan hati padahal mana mampu, aku bukan Neelofa), so aku ingat okay try lah beli foundation yang light-light je. Make up pon time ada kerajinan je, tu pon bila mak aku bising aku asyik keluar rumah pakai selekeh nanti takdak orang berkenan haa padan muka. 


So aku pon sebab nak jadi anak solehah pi lah Watson pastu jumpa lah si Wardah ni ( macam Wardah ni nama geng kau je siap jumpa-jumpa bagai). Time ni musim Covid kan so mana leh calit-calit tester tu. So tawakkal je lah beli pilih kaler dan pakai kat muka bila balik tu. Code aku beli 33W Olive Beige. Yer lah muka bukan keturunan Korea kan, sikit nak ke Pakistan dengan Siam jadi kulit tak berapa nak cerah mana so kita pilih yang ada Beige gitu. Eh aku even kulit tak cerah tapi aku yakin aku lawa BAHAHHAHA.  Confident kena tinggi bhai, baru ada keyakinan kekekeke. 

Balik rumah aku tak terus guna, aku tunggu time aku nak keluar proper pergi keluar jejalan baru aku nak try. So tiba waktu nya, aku pon pakai lah wardah Colorfit Foundation ni. Mak aih, sekali lagi guwa jatuh cinta bhai. Dia punya calit kat muka tu smooth je bhai, pastu yang ni aku cakap weh, dia tak bercapuk, senang nak blend. Code tu sesuai dengan muka aku huhuhu nak nangis. Lawa nak matey pakai kat muka. Time tu aku dah rasa sikit lagi muka aku nak sama dengan Neelofa. 

So aku pon belek-belek lah balik kotak dia. Patut lah weh, kat kotak tu dia ada tulis, foundation ni ada SkinMatch Technology dimana pigment tu dibuat khusus untuk dapat menyatu sempurna dengan warna tona kulitmu haaaa gitu sikit lagi nak bunyi Indonesia ni haaa kau jangan kau. 

Lagi satu, dia ada Matte Micropowder, di mana dia memberi efek oil control pada wajah. So untuk kulit berminyak cm muka aku ni patut lah bila pakai makin lawa BAHAHAHHAHA haaaa gitu kita up diri kita sendiri bhai. 

Wardah ada claim even dia matte punya foundation, tapi dia sesuai untuk semua jenis kulit. So korang yang kulit kering ke combination ke semua orang boleh pakai. Kalau korang sejenis yang tak pakai sunscreen ke sunblock ke, kira foundation ni dah ada SPF30 PA+++, kiranya ada lah protection sipi-sipi kat muka dari takder langsung hahaha. 

So far, aku suka foundation ni dan ni je satu-satu nya foundation yang aku ada sekarang. Aku malas nak beli banyak-banyak jenis pastu sampai ke tarikh luput tak pakai. Satu lagi aku pakai BB Cushion, yang tu kalu aku travel malas nak bawak foundation jenis tube macam Wardah ni takut terpicit tertekan dalam beg tumpah ke apa ke kan. Kalau kegunaan harian yang pakai kat rumah ni aku prefer Wardah ni. Nanti nak try jugak beli Wardah Instaperfect BB Cushion dia. Aku tengok review macam best gak. 

Okay aku harap review aku kali ni membantu lah yer. Lenguh aku taip ni lenguh jugak korang membaca sampai habis hahhahha. 

Wokay bhai, guwa chao dulu, Assalamualaikum.. 

#review
#wardah
#wardahcolorfit
#foundation
#makeup
#skincare
#beauty

Comments