Cerpen Pendek: Dunia Di Sebalik Mimpi ( Part 1)
*Disclaimer:
1- Cerita cerpen ini hanya lah sekadar rekaan, tiada kena mengena dengan sesiapa pon. Ini adalah imaginasi dan rekaan aku semata-mata. Kalau ada yang tersama tolong komen kat bawah sebab eh hebat nya kalau betul berlaku huhuhu.
2- Aku tulis ni untuk santai-santai kasi lepaskan idea dalam kepala. Jadi cerpen ni memang akan campur bahasa rojak melayu-english. Kalau aku reti bahasa Uganda pon aku akan campur jugak melayu-english-uganda.
Sekian disclaimer panjang berjela...peace out!!
Part 1:
Hari ni aku sedih giler. Masuk dalam bilik aku terus baring kat katil. Mata dah start berair rasa macam nak menangis pon ada.
Tak sangka betul Imran tipu aku. Sakit hati tengok status update IG story dia tengah syok naik pelamin dengan isteri baru dia. Kata tak suka perempuan chubby, tapi isteri dia nampak chubby lebih kurang aku je. Bukan kurus slim macam dia cakap masa dia nak break up dengan aku hari tu. Ye lah, aku kan chubby pipi pon tembam. Dia cakap dia nak perempuan kurus jadi bini dia. Puiii dasar lelaki.
Hari ni serius rasa tak dak mood nak buat apa kerja pon. Lepas solat zuhur pukul 1.30pm tadi, nak makan pon tak rasa lapar. Sakit hati punya pasal. Ni dah pukul 2.30 petang masih rasa kenyang.
Lepak lah kejap atas katil sambil bergolek-golek. Malas dah nak pikir pasal si Imran tu. Tapi sedih lah jugak weh. Masuk kali ni dah empat kali aku putus cinta. Dari sekolah menengah, sampai ke dah bekerja ni. empat kali lah lelaki yang ku sangka jodoh tinggal kan aku. Penat weh jaga jodoh orang lain ni.
Kali ni malas lah nak cari lagi. Nanti malam karang aku telefon lah kat Ibu suruh Ibu dengan Abah je lah yang carikan. Senang nanti kawen je. Heheheh
Dah lah dua tiga bulan ni, aku asyik bermimpi pasal jodoh je. Eh bukan jodoh, tapi mimpi seorang lelaki. Dalam mimpi tu, aku asyik berjumpa dengan lelaki sama je. Cuma sampai ke hari ni aku still tak dapat tengok lagi muka dia. Selalu bila mimpi, part muka tu mesti blur atau kabur. tapi mimpi tu indah, sebab dalam mimpi tu seolah-olah aku ada kehidupan dengan lelaki tu. Dari awal bercinta, sampai lah kami kawen.
Dulu kawan aku pernah cakap, mimpi tu mainan tidur atau mainan syitan je. So aku pon tak pernah ambil pusing pasal mimpi tu semua, tapi aku layan kan aje. Sebab bila bangun pagi-pagi, setiap detik dalam mimpi tu akan segar dalam ingatan. Macam aku sendiri ada kat dalam alam mimpi tu dan melalui semua benda yang berlaku dalam mimpi tu. Dah lah mimpi tu bersambung okay. Macam ada episode haaa pelik kan. Kadang aku mimpi seminggu sekali, kadang aku bermimpi berturut-turut dua hari, tapi mesti mimpi tu bersambung dari mimpi sebelumnya.
Ntah, macam pelik, tapi bila aku cerita kat member rumah ni semua pakat gelak aje. Ye lah kelakar sebab layan kan sangat pasal mimpi, pastu siap ada episode lagi kan, macam drama dah jadi nya. Bila asyik kena gelak je, sejak dari tu, aku just anggap tu semua mainan tidur je lah semata-mata. Ye lah, mungkin badan penat dan letih setelah seharian bekerja kan, jadi automatik minda kita pon bagi lah mimpi yang best-best siket nak kasi hilang stress hahhahaha.
Tapi yang penting, aku yakin lelaki dalam mimpi tu confirm hensem kekekkke.
Tengah duk ralit berangan tu, tak tau waktu bila aku terlelap. Aku pusing kiri eh rasa macam ada bantal golek pulak kat atas katil sebelah aku ni. Sejak bila umah sewa aku ni ada bantal golek. Aku bukak mata, eh betul lah bantal golek. Eh mimpi ke ni?
Kenapa bilik aku macam bilik hotel ni? Lawa je macam bilik hotel atau resort. Eh aku ni mimpi lagi ke atau dah bangun betul ni?
Aku turun dari katil. Depan aku ni ada cermin besar, nampak lah seluruh bilik ni. Tepi ni pulak ada langsir yang terbang di tiup angin sepoi-sepoi. Aku jalan slow-slow kat arah langsir tu. Kat luar tu ada beranda. Slow-slow aku jengah tepi beranda tu tiber macam terkejut kejap. Ya Allah, lawa nya pantai weh. Real giler mimpi aku ni pantai lawa betul. Angin pantai tu kena kat pipi memang terasa angin betul. Aku sedut udara segar nya.
Tiba-tiba ada ketukan kat bilik. Bunyi orang duk panggil nama. " Hardina, Hardina".
Aku bukan Hardina, tapi bunyi ketuk tu macam bunyi ketuk pintu bilik aku. Aku Harisya Irdina, bukan Hardina. Ke minah kat luar pintu tu singkat kan nama aku jadi Hardina pulak?
Aku jalan slow-slow ke arah pintu. Eh tak rasa macam mimpi lah pulak sebab elok je aku jalan. Macam jalan time aku dalam keadaan normal je. Selalu dalam mimpi kan kita jalan macam terapung kan, ni tak, jalan tu rasa real betul. Aku bukak pintu, tengok siapa lah kat luar. Eh kawan sekolah aku. Dia buat apa kat sini?
"Ria? Kau buat apa kat sini?" Berkerut dahi aku tanya kat member aku ni. Sebab setahu aku Ria ni kawan sekolah aku yang sekarang stay dengan husband dia kat UK. Tiber masuk dalam mimpi aku lak.
"Ria? Ria mana pulak kau ni Hardina? Aku Aira lah. Kau ni dah kenapa? Mamai ke apa?"
Aira? Sejak bila pulak nama dia Aira. Kejap, kenapa semua benda ni rasa real, tak rasa dalam mimpi. Aku garu kepala. Tiba-tiba zuppp jantung aku bagaikan terasa mahu tercabut. Aku tengok tulisan kat dinding bilik. Jelas kat situ tulis," Hotel Astana Melati" dan aku boleh baca sebijik-sebijik tulisan tu. Weh, ni bukan mimpi, kalau mimpi aku tak akan boleh baca apa jua tulisan. Tu universal rules dia. Kalau kita nak tahu kita bermimpi atau dunia nyata, kita kena check sama ada kita boleh baca tak apa-apa tulisan dalam mimpi kita tu. Satu lagi rule dia kita cari jam, kalau kita boleh baca jam tu tunjuk pukul berapa makna nya kita tak mimpi. Cepat-cepat aku cari jam kat bilik tu, lepas tu nampak lah sepasang jam tangan kat atas meja tepi cermin besar tadi. Aku jalan laju menuju ke meja tepi cermin tu pastu cepat-cepat tengok jam. Pukul 3.30 petang. Allah, sah ni bukan mimpi. Aku boleh baca jam dengan tepat.
Aku garu kepala, apa sebenarnya berlaku ni? Aku mula rasa nak menangis dan kalut serta panik. Semua perasaan ni rasa real. Aku tahu ni bukan mimpi macam sebelum-sebelum ni. Apa ini semua?
Aira terkejut tengok aku panik. Tiba-tiba dia datang kat aku, kalau tadi suara dia macam kuat, sekarang suara dia slow je tanya aku.
"Hardina, kau okay tak ni?"
Aku geleng kepala. Walaupon nama aku bukan Hardina, tapi kepala aku laju je respond pada soalan Aira tu. Aku dah start nangis sedu-sedu. Aku masih lagi panik. Aku kat mana ni sebenarnya? Aku pandang Aira atau Ria ntah aku pon keliru kawan aku ni nama apa dah.
" Jap, aku kat mana ni? Kenapa aku ada kat sini?" Aku tanya sambil nangis. Hingus yang keluar aku sapu dengan bucu kemeja yang pakai tu. Tak der dah segan-segan nak lap cari tisu ke apa.
" Okay jap Hardina, aku call husband kau suruh balik bilik semula. Aku rasa conference dia pon dah nak habis. Sekarang waktu minum petang dah ni."
Aku dengar perkataan husband tu macam nak gigil. Lagi rasa seram sejuk. Bila masa aku berlaki ni weh? Siapa husband aku? Apa yang berlaku ni? Aku semakin panik. Aku menangis semakin kuat. Dan Aira atau Ria pon semakin panik.
....bersambung.....
#cerpen
#novel
#novelpendek
#khayalan
Comments