The Hell Without Fire II
Dear myself in-reading 10 years from now,
Assalamualaikum awak yang baca ni pada tahun 2024. Yer awak laa. Well, hari ni 11hb January 2016. Tahun 2024 berapa haribulan hari ni?
Haha seram pulak baca nya yer. Well memang aku buat blog ni sebagai time-machine punya blog. Macam kau tulis surat untuk diri ko sendiri pastu tanam dalam tanah bawah pokok pastu acah2 kau akan baca 10 tahun akan datang. Ni lebih kurang laa ni. Acah2 gitu laa. Cuma takder makna nye aku nak gali lubang tanah pastu sorok surat2. Tetiba jumpa cacing dah seribu langkah aku lari tunggang langgang.
Hari ni aku decide utk buat blog ni jadi public. Entah la tetiba rasa macam it' s time for that kind of exposure. Sebelum ni aku ada blog lain, and blog tu since 2006 lagi. After aku masuk uni aku memang buat blog. Sebab aku suka menulis, suka expresi diri dengan penulisan so aku buat blog. Tak kan nak kelek diari merata2 kan. So ada baik nya aku buat blog. Tapi blog lama tu memang ada masalah sikit. So aku decide untuk delete blog tu pastu buat blog ni. Tapi blog ni mula2 memang aku buat private je. Sebab ingat macam nak buat journal aku sekor2 je baca. Tu yang kalau baca post awal2 memang haru semua pasal expresi diri kan. Giler jiwa kacau. Tapi bila wat private gitu dah rasa macam baik tulis diari. Ok apa aku merepek dh satu perenggan habis untuk repekan aja kamu ni donggggg. Kuikui.
Ok berbalik pada benda yang nak cerita hari ni, hari ni aku nak flash back je.
1- 2016 aku berenti kerja sebab jaga ma sakit. So dari May 2016 sampai sekarang aku jobless. Tapi aku dah start slow2 cari kerja balik sebab ma nampak macam dah ok dah.
2- Aku dah start balik dah baking dan masak2. Hahaha. Tiap2 hari buat kek, biskut, pastri, pai dan macam2 lagi. Cuma takder sampai ke tahap jual je lagi. Memang teringin nak berniaga or buat bisnes dengan jual makanan gitu tapi demi Allah aku ni jenis tak berani mana which is takut tak laku, takut tak sedap orang makan laa nanti apa laa. Banyak laa benda2 yg berlegar kalau nak start bisnes kan. Entah laa. Belum ada kekuatan nak buat untuk jual2 lagi. Huhu.
3- Apa sebenarnya motip buat tajuk hell without fire tu? Well, sebenarnya tu sebenarnya hanya metafora keadaan aku masa ni. Yer laa. Dari seorang perempuan yang ada kerjaya sendiri, aku berhenti dan jadi surirumah untuk ibu bapa. Satu keputusan yang drastik yang kadang2 otak aku takleh nak terima hakikat lagi bahawa aku tak kan jadi sesibuk sebelum ni. Sebelum ni life aku busy penuh dengan meeting, jumpa client, outstation and social life sangat pack. Now, apa yang aku boleh buat hanya duk kat umah semata2.
Bukan aku tak suka goyang kaki, well bukan goyang kaki sebenarnya sbb aku jaga mak ayah pastu uruskan rumah bagai semua tapi paham kan bila duk kat umah xdak laa nak busy2 ke apa. Aku suka life yang pack busy so aku ada pressure or push or at least ada rutin harian yang pack dan tetap.
Ni sekarang aku macam jadi lemau. Sambil2 jaga ma ni pon aku ada buat part time job tapi tak kekal lama sebab ada masalah solat sket. Nak cakap banyak pon nanti orang cakap macam aku bagus sangat tapi bagi aku busy ke penting keje ke, solat itu wajib. Masa aku buat part time ni aku ada masalah nak solat. So aku berhenti sebab dah bagitau pihak atasan tapi masih tak ada tindakan so aku blah je laa. Aku percaya banyak lagi rezeki kat tempat lain kalau tak kerja kat situ pon. Dan aku masih menunggu rezeki itu.
Aku dah start apply untuk beberapa company. So harapan aku di tahun baru 2017 ni, harapnya akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Doa aku agar Allah tambahkan bagi aku rezeki yang banyak melimpah ruah lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar. Aminn..
Doa lagi semoga dapat kerja baru yang best gaji besar kuikui bos baik, secepat mungkin dan mungkin juga jodoh yang terbaik. Amin.
Ok, rasanya setakat ni je.
Assalamualaikum.
Comments