Cara Handle Stress Secara Sihat

Stress.

Semua orang mengalami stress. Stress biasa, stress sampai sakit kelapa, eh sakit kepala, stress sampai muntah dan stress tak lalu makan. Then ada jugak orang stress pastu terlebih makan pastu tambah stress. Saper laa tu?

So stress ni sebenarnya bahaya kalau tak dikawal. Ada stress yg baik yg kdg2 kita perlukan contohnya dgn stress dan tekanan tu yg menyebabkan kita mampu nak usaha lebih, nak move on dlm hidup dan nak jadi lebih berjaya. Yg tu stress yg bagus.

Tapi ni nak cerita pasal stress yg tak bagus. Stress yg tak bagus ni dia sgt berkait rapat dan secara directnya akan affect tubuh badan kita.

Stress yg tak baik akan berkait dgn kesihatan fizikal dan mental. Dari stress akan sebabkan byk penyakit datang ( cth: migrain, gastrik, sembelit/ciritbirik dan worse kanser) dan stress jugak penyebab bunuh diri, psychosis, affective disorder, meroyan ibu bersalin, drug addiction, personality disorder, kemurungan dan banyak lagi benda2 tak elok.

Kita tak boleh nak elak dari stress. Tapi kita boleh cuba untuk kurangkan rasa stress tu. Macam mana?

Yer, mostly orang akan cakap pasal religion. Dekatkan diri dgn Allah, banyak mengaji Al-Quran, solat sunat dan berdoa. Aku setuju 100%. Tapi sebagai seorang manusia yg iman senipis kulit bawang dan iman pon ada turun naik, macam mana nak hilangkan stress tu jugak dgn cara2 dunia.

1- Buat benda yang ang suka. Kalau ang suka lompat ang lompat laa sampai tanah tu merekah janji lepas lompat ang rasa lega. Kalau ang suka buat kuih ang buat laa kuih sampai oven meletop pastu biskut berbalang2 pastu sedekah kat masjid. Janji ang lega stress ang merudum.

2. Ang kena menangis. Ada sebab knapa Allah cipta air mata. Bukan saja2 suh mata berair tak kena tempat. Masa stress ni laa ang nangis puas2 ang melalak puas2 lepas nangis ang rasa lega dada ang rasa lapang. Tapi jangan menangis di tanah lapang, nanti tak pasal2 orang cakap ang gila. Elok2 hantaran 10K dh jd 10riyal. Nanti mak ang pak ang plak stress.

3. Buat senaman. Kalau xleh nak bersenam yang lari2 keliling padang sekurangnya basuh laa kete sendiri ke or cuci tandas ke apa2 senaman laa janji yg kuar peluh. Aku tak ingat baca kt majalah ke kat artikel mana, peluh yg keluar time buat senaman masa kita stress tu boleh jd ubat utk stress kita tu. Tapi jgn p minum peluh tu pulak. Bukan suh minum peluh, org suh bersenam smpai kuar peluh. Aisyhh stress aku. Kuikui.

4. Makan makanan best. Perasan tak kalau kita puasa ke lapar ke kita akan cepat stress? So lepas makan perut kenyang hati pon senang. So hari stress tu boleh laa nak manja kan diri makan favourite food korang. Kalau korang suka makan telur cicah budu ari tu telan la budu barang sebotol, kalau suka makan western, pi laa mkn chickenchop kat mcdonald kuikui lempang nak?? Tapi kalau setiap hari korang stress pastu tiap2 hari nak makan sedap tu sila la tnya dato ke tan sri ke tanya ada dak anak teruna depa yg belom kahwin kot2 leh kawin dgn angpa nnt leh mkn sedap2 tiap2 hari. Kalau xdak angpa kais pagi mkn pagi, tak kais tak makan laa angpa naa.

So far tu je laa yg ada dlm kelapa eh kepala aku. Kuikui mesti korang baca kelapa tu kepala kan? Kan? Haha.

Tapi apa pon, tarik nafas panjang2 pastu lepas. Kalau stress sbb masalah, ingat pesan Allah, selepas kesusahan tu pasti akan ada kesenangan. Janji Allah tu pasti. So relax and chill je k. Jgn susah hati pasal benda2 di kuar kawalan korang.

Ada masalah ke takdak ke, korang boleh buat anything ke? Kalau ye, dh knapa nak risau2? Kalau takleh nak buat apa2 pon knapa risau? Dh mmg xleh buat apa2 so chill je laa. (Phm ke idok?)

Kalau stress nanti cepat tua.
Kalau marah nanti kena jual.
Kalau tak jawap salam nanti dosa.
Eh?

#AssalamualaikumDunia
#ApaMotipGambar
#GambarTakDaKaitan
#AkuStress
#AkuCubaFeelingCool
#SejukKejapJePastuPanasBalik
#AmekWudhu
#PastuTerkentut
#AkuStressKaliKedua

Comments