Review Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel 92%.



Salam. Hari ni buat apa? Tengah nak masak ke tu? Kalau bosan meh laa baca nak bebel lagi ni. Bhahahaha.

Harap bersabar. Jangan baling handphone jangan marah2. Kalau tak suka baca scroll laju2. 

Wah laju nya dia scroll. Mmg takmau baca betul tu cheda bebel2 ni. Kuikuikui.

Ok pada yg nak baca, ni nak bagi review product best. Dan kena ingat, cheda bukan duta tapi pengguna je. Sbb best kita review. Cheda beli product ni awal thn 2016 masa belum resign keje. Time tu tengah pakai Innisfree so nak try jugak produk Nature Republic kan. Kata nak korean look flawless. Puiiii

Ari ni dh nak ujung Jan 2017 pon tak habis lagi sebekas. Jimat tak? Beli harga RM20 kat Hermo. Pi laa usha.

Cheda suka product ni sebab banyak sangat benefit dan kegunaan dia. Well, as per listed kat bawah ni.

1. Sebagai night sleeping mask. Pakai masa sebelum tido lepas cuci muka bersih2. Esok bangun pagi cuci muka mcm biasa. Boleh buat seminggu 2-3 kali. Serius muka berseri pastu rasa lembab.

2. Bahan dalam potion utk diy compressed facial sheetmask. Boleh campur dgn bahan2 lain contoh madu, kulit kayu manis ataupon kunyit. Tambah air dalam potion supaya mask senang nak serap.

3. Sebagai bahan dalam scrub. Selalu bahan scrub kan kasar, cth serbuk kopi atau biji buah yg dikisar. So nak kasi dia lembut sket tambah laa aloe vera gel ni sket.

4. Penyejuk ketika demam. Sapu je atas dahi ke kat leher ke masa demam tu insha allah reda sket panas. Masa kena chickenpox ari tu masha allah seksa panas kepala panas badan alhamdulillah pakai ni lega sket.

Tu je laa so far benda2 yg leh buat dengan aloe vera gel ni. Tapi make sure kalau nak beli, beli yang original. Tu je yg mustahak nak pesan sebab dah ada kes orang beli yang tiruan last2 muka terbakar. Sebab bukan aloe vera tapi sejenis bahan macam gam. Aloe vera gel ni dia memang melekit berair sikit macam yang pokok tapi kalau melekit sangat tu takut bukan ori. Nak beli boleh beli via hermo.my atau althea takpon pi beli kat kedai nature republic terus tapi situ mahal laa. Beli hermo althea selalu promosi byk less so jimat.

Ok dah habis review. Kalau nak tnya apa2 tnya kat komen je laa. Puiipuii ko bajet ko neelofa orang nak tnya kat komen?? Haha.

Terima kasih baca dan semoga kita semua diberikan Allah kacantikan muka, hati dan perasaan. Sebagaimana Allah cantik kan muka kita, mintak Allah cantik kan juga akhlak kita. Aminnn



Comments