Kaitan Kebahagiaan Diri dan Sebuah Perkahwinan



Tak kahwin tak bahagia?
Hidup single menderita?
Siapa punya hipotesis la ni nak gelak kuikui. Tetiba rasa nak gi peluk ang erat2 serius.
Kebahagian tu bukan datang semata2 dari perkahwinan, bukan juga rumah besar, kereta 18 pintu, parking depan umah ada 140 lot atau pun bini selawa neelofa, ok silap kalau bini lawa macam neelofa memang bahagia kot. Tapi kebahagiaan tu kita sendiri yang cipta.
Ramai juga yang ingat bila kita kahwin, kita dah complete. Tak. Kahwin tu one of the thousand chapters yang kita kena tempuh dalam hidup.
Kalau perkahwinan itu satu definisi kebahagiaan, kenapa dekat pejabat agama bila nak bercerai pasangan akan cakap kat hakim, " Saya dah tak bahagia bersama dia." Jadi di mana bahagia tu sebenarnya?
Kebahagiaan tu boleh dicapai kalau hati kita sendiri yang nak kan bahagia tu.
Bahagia bila makan nasi cicah budu, bahagia bila cari parking berduyun parking kosong, bahagia bila muka tak dak jerawat, bahagia bila tubuh sihat dan macam2 lagi.
Dan single mungkin salah satu pilihan bahagia. Jangan ingat semua orang macam anda. Suka berteman dan suka bermanja.
Ada orang sejenis yang rimas bila berdua, suka buat kerja sendiri, sangat berdikari, tak suka dikongkong ataupon belum bersedia untukn berkongsi segalanya tentang hidup. Single satu pilihan. Dan orang itu memilih untuk single. Jadi, hormati pilihan dia.
Aku sebenarnya dah malas nak ulas pasal single atau jodoh. Tapi bila ada mentaliti yang buat hipotesis macam ni rasa macam tak puas hati. Kenapa orang mesti ingat orang single ni takder keje lain setiap hari nangis bucu katil sebab tak kahwin2 lagi. Serius? Kita org tak macam tu k. Kita org ada life. Tido cukup, makan cukup, tengok drama cukup pastu kira cukup laa. Sebab apa? Sebab kita org bersyukur. Walau tak kahwin tapi masih banyak nikmat lain yang Allah bagi.
Lagipon dah serahkan pada Allah, pastu minta sendiri dengan Allah, bukan calang2 kan. Allah maha mengetahui jadi sabar dan redha. Senang je.
Dan kalau di takdirkan aku kahwin someday, dh prepare mentally siap2 yang perkahwinan tu adalah salah satu chapter yang mencabar. Kau kahwin sebab kau rasa kau dh benar2 layak pikul tanggungjawap dan yer, Allah dah bagi kau jawapan. Nah, ni masa dan keadaan yang sesuai untuk kau kahwin. Terima kasih sebab sabar dan kental sepanjang ujian.
Mngkin kalau kau kahwin dua tahun lepas, kau calon isteri derhaka, suka lawan cakap suami, suka lawan mak mertua, suka kuar umah tanpa izin suami. Mungkin, sebab kau belum sedia. Ni bukan drama acah2 isteri derhaka lelaki sabar sweet last ending happily ever after. Ni realiti. Kau derhaka, kau ke neraka. Takpon makan penyepak suami.
Kahwin bukan semata2 sebab nak tunjuk ang dah laku ada org nak. Bukan sebab kawan2 lain kahwin dan dah beranak pinak.
Kahwin sebab tu pilihan yang ang buat untuk diri ang. Kahwin sebab ang rasa ang layak.
Aku nak gebang pon nanti orang kecam jugak. Yer, yang dah kahwin dan bahagia, alhamdulillah. Tapi tolong jangan kecam jadual yang Allah dah tetapkan untuk aku. Jadual kahwin belum sampai dan aku bahagia. Sekian.

Comments